Mengenai Saya

Foto saya
L3, ISS
aku bukan ustaz seperti semua orang memberi gelaran itu kepada aku. aku bukan imam dan bukan mufti.. tetapi aku seorang manusia biasa.. bila aku kecil, aku hormat orang tua, banyak sikap positif aku ada, tetapi sekarang, aku perlu perbaiki sikap negatif aku.. LIFE MUST BE HARD BUT BE EASY ON IT..

Jumaat, 7 Oktober 2011

Sudah habis SEMESTER 5.... KEJAP MASA BERLALU!

Keseluruhannya... pahit manis suka dan duka... akhirnya tamat semester dengan rasa GEMBIRA dan MENIKMATI HIDUP dengan sebaik-baiknya.. TERIMA KASIH YA ALLAH... ^_^ Saya terharu hari ini, adanya sahabat tetap di dalam hati..... sama2 menempuh suka dan duka.. dan ada juga yang sudi membina ukhuwwah dengan diriku ini...

SEMUA BERLAKU DENGAN IZIN-NYA...

Ada masanya terdetik....
terfikir...
terenung..
terucap.

Betapa syukurnya, setelah mampu bangun dari tidur, masih lagi bernama islam dan mempunyai iman... Kalau tak, entah kita sudah meninggal dunia... dengan dosa kita yang banyak itu... macam manalah kita nak hadapi Hari Kemudian..

Kawan yang ku kenali sudah meninggalkan bumi yang realiti ini... Sangat sedih bila memikirkan dengan umurnya yang muda.. Kita ini, entah bila la hayat kita akan berhenti.. Syukurlah jika sempat kita bertaubat dan diharap kita mati dalm iman...

Nikmat dunia yang sementara... Ibarat kita bermusafir, singgah di tempat yang indah sekali... namun perlu pulang semula ke rumah sebab THERE'S NO PLACE LIKE HOME.... home bermaksud rumah tempat asal kita.. tempat yang kita dah biasa, indah sebenarnya... Dalam maksud lain pula ialah Akhirat yang kekal abadi...

Akhirat.. bagaimanalah kehidupan kekal abadi yang tiada penghujungnya... jika kita mati tanpa ucap syahadah dan amal kita teruk, pasti teruk nasib kita di sana... merana pun tak guna..

Oleh itu... SELAMAT BERAMAL DAN BERUKHUWWAH... JANGAN LUPA PENCIPTA KITA YANG BERI NIKMAT KEPADA KITA, BERSYUKUR KEPADANYA... ^_^

Khamis, 1 September 2011

Syawal....... Sekali lagi hadir selepas Ramadhan.

1 SYAWAL menandakan berakhirnya sebuah bulan mulia yang dinamakan Ramadhan. Banyak kelemahan kita sebagai insan yang alpa akan suruhan Ilahi, ketika mana kita sibuk dalam menguruskan pekerjaan, adakalanya kita mempunyai masa yang lapang sedikit, semestinya kita boleh mengisi dengan Zikrullah.

Namun begitu, ada di antara kita yang menganggap ibadah di bulan puasa hanyalah menahan lapar dan dahaga, tetapi lupa akan ibadah yang lain, digalakkan juga di dalam Islam untuk melakukannya. Sedih bila memikirkan Ramadhan itu hadir sekejap sahaja, tanpa kita sedari, masih kurangnya amalan yang kita bekalkan untuk Hari Kemudian.

Allah semestinya akan memberi pelbagai ujian ke atas hambaNya, di mana seseorang itu perlu bersabar dalam menghadapi kehidupan yang sementara ini. Ujian itu bukan setakat bahagian yang susah sahaja, tetapi kita perlu peka setibanya ujian kesenangan dan kemewahan kepada kita.

Berkait dengan kesenangan dan kemewahan, kita harus beringat, dalam kita bergembira, jangan lupakan kepada mereka yang tidak bernasib baik, tidak mampu meraikan Aidilfitri dengan muka yang ceria. Ada yang kehilangan ahli keluarga, menjadi mangsa peperangan, kurang mendapat bekalan makanan, tempat tinggal yang serba kekurangan serta masalah-masalah yang dihadapi sehingga menjadikan mereka muram dan sedih.

Semestinya mudah apabila kita memberitahu mereka bahawa itu semua dugaan yang Allah berikan, tetapi apakah kita tidak merenungkan kembali setelah kita berada di tempat mereka, sudah tentu ada yang merungut dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya pada pagi Aidilfitri. Tepuk dada, tanyalah iman betapa lemahnya iman kita apabila dalam situasi sukar tersebut.

Walaupun begitu, usah berputus asa, Allah memberi ujian mengikut kemampuan hambaNya sendiri, berusahalah untuk REDHA, BERDOA DAN TAWAKKAL KEPADA-NYA SUPAYA DIPERMUDAHKAN URUSAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, INSYA-ALLAH.

Pesanan: Bila kira duit raya, fikir orang yang tengah susah nak dapat duit, simpan duit untuk kesenangan kemudian hari.

Isnin, 8 Ogos 2011

The Sun Will Set

As the sky shines will be fade,
in the west the sunset looks great,
The flower raise its soft hands,
To say farewell when the day ends.

The wind blows so airy,
to make people feel calmly,
If the Lord take care of us,
then surely not to be depress.

Life is very precious,
just like the day appears,
from the rising of the sunlight,
till the sky fades its bright.

Nature is just beautiful,
He create for us to be grateful,
To have a life, old from small,
As the sunrise till the sun fall.

Sabtu, 6 Ogos 2011

RAMADHAN SUDA....

Assalam sejahtera sekali lagi buat masa ini. Ramadhan sudah pun tiba lagi.. Sedih sebab tak berbuka dengan family.. Huhu, tapi xpe la, ada la jugak kawan2 nak makan saing.. Rasa kenyang makan ramai2, meriah pun ada...

Walaubagaimanapun, STUDIO tetap kena jalan sebab dah final projek... woooo.. penat,tapi baguslah sebab dunia belajar, kena la belajar benda baru, kalau tak, kurang la pengalaman..

Terima kasih la kat senior2 yg ada bagi sokongan n kawan2 yg bagi aku ceria sepanjang aku ada d studio, especially di TEPI TINGKAP...

AKULAH BUDAK DI TEPI TINGKAP STUDIO TU YE... haha.. GOOD LUCK FRIENDS! ^_^

Rabu, 25 Mei 2011

RESULT EXAM... ALHAMDULILLAH

Akhirnya semester ini masih mengekalkan keputusan yang memuaskan.. namun masih ada harapan untuk menjadi lebih baik lagi... hehe... InsyaAllah,a da rezeki dapat sambung ke ijazah.. =) SEMOGA BERJAYA PADA SEMESTER HADAPAN! ^_^

Isnin, 9 Mei 2011

Hari Ibu, apakah HIKMAH WUJUDNYA SEORANG IBU?

Seperti biasa, Hari Ibu ini jika mengikuti kalendar Masihi, 8 Mei adalah tarikh UMUM bagi seluruh dunia untuk meraikannya. Bagiku itu hanyalah tarikh yang biasa kerana tiada apa peristiwa yang terbaik berlaku pada hari tersebut.

Namun begitu, bagi aku pula, Hari Ibu ini wujud setelah kita mengetahui apa yang ibu telah buat kepada kita SETIAP HARI daripada kita masih kanak-kanak hinggalah kita berada di menara gading. Sudah semestinya kita harus hargainya sebagai sebuah nikmat yang diberikan oleh Allah, seorang insan yang memberi kita sesuatu yang penting untuk keperluan hidup kita akan datang.

Oleh itu, haruslah juga kita mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka meninggalkan dunia ni dalam keadaan islam yang beriman, serta doakanlah mereka agar mudah urusannya di alam kubur.

Selain itu, para lelaki juga haruslah menjadi seorang yang soleh dalam mencari jodoh yang sesuai untuk dijadikan isterinya seorang ibu yang menyalurkan kasih dan sayang serta didikan agama supaya generasi yang baik akan terus terpelihara, tidak lupa juga kepada para wanita, haruslah menjadi seorang yang solehah dalam mencari seorang suami yang mempunyai nilai-nilai murni untuk diasuh anak-anaknya itu supaya menjadi anak yang taat dan berlaku baik kepada orang lain.

JANGAN LUPA ANAK-ANAK MUDA, INGATLAH KEMBALI AKAN PESANAN MEREKA....