Mengenai Saya

Foto saya
L3, ISS
aku bukan ustaz seperti semua orang memberi gelaran itu kepada aku. aku bukan imam dan bukan mufti.. tetapi aku seorang manusia biasa.. bila aku kecil, aku hormat orang tua, banyak sikap positif aku ada, tetapi sekarang, aku perlu perbaiki sikap negatif aku.. LIFE MUST BE HARD BUT BE EASY ON IT..

Sabtu, 17 April 2010

peranan kita setiap umat MUHAMMAD

Kita sepatutnya sedar bahawa perlunya hidup dalam satu jemaah, kerana jika tinggalkan jemaah, samalah seperti sebuah kisah, di mana seekor kambing biri2, keluar daripada kandang yang penuh dengan kumpulannya. Serigala menunggu peluang yang cerah untuk membaham kambing tersebut. kambing=kita dan serigala=musuh

Oleh itu, kita perlulah saling menegur, supaya mewujudkan satu jemaah yang dihidupkan dengan suasana ukhuwwah yang erat dan dijauhi daripada dosa yang boleh mermurtadkan diri.

Sebagai contoh, muslimin seboleh2nya solat jemaah di mana azan dilaungkan. Hal ini kerana mahu mewujudkan kesatuan dalam satu jemaah, di samping mendapat pahala solat berjemaah, kerana solat sendiri sekadar meyelesaikan rukun, tapi tiada pahala.

Saya menulis ini supaya saya dan kalian semua sedar akan ini. Kita melihat pergaduhan antara jemaah2 Islam di Malaysia dan di setiap negara Islam kerana tiada kesepakatan untuk menjadikan Islam sebagai satu jemaah yang mengikut lunas2 agama. Lebih2 lagi dalam isu politik. Musuh sentiasa mencari peluang, terutamanya dalam POLITIK kerana dari situlah senangnya mereka membuat satu agama boleh berpecah kepada pelbagai jemaah, yang lari daripada objektif hidup sebagai seorang Islam yang bersatu.

Kesimpulannya, sedarlah bahawa setiap umat Muhammad perlu berperanan, lebih2 lagi pemimpin atasan untuk menyatukan umat Islam seperti zaman Rasulullah dan zaman Khulafa ar-Rasyikin serta zaman kegemilangan Islam yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan