Mengenai Saya

Foto saya
L3, ISS
aku bukan ustaz seperti semua orang memberi gelaran itu kepada aku. aku bukan imam dan bukan mufti.. tetapi aku seorang manusia biasa.. bila aku kecil, aku hormat orang tua, banyak sikap positif aku ada, tetapi sekarang, aku perlu perbaiki sikap negatif aku.. LIFE MUST BE HARD BUT BE EASY ON IT..

Selasa, 27 April 2010

malam yang sejuk dan indah, tapi.......

aku cuma fikir dan mengenangkan zama remaja yang seperti jahanam bagi aku kerana zaman remaja sangat kuat emosi... hmmm... bagaimana aku nak menempuhi dengan hubungan yang renggang dengan sahabat, dengan teman2 rapat... dan lain... hmmm.. kadang2 Allah sengaja nak aku jalani jalan yang pedih ini.... supaya aku lebih banyak berfikir dan selalu mengingati Allah..

Isnin, 26 April 2010

BOLEH AKU TINGGALKAN KAU WAHAI BUMI???

persoalan yang melebihi batasan akal manusia seperti aku kerana takkan mungin menjadi kenyataan... hmmm... apa masalah aku ni??? kejap SEMANGAT NAIK.. kejap SEMANGAT TURUN... apa nak jadi ni..... kerana apa?? TAKKAN LAH KERANA AKU HANYA JADI PERMAINAN DI DUNIA NI AJE???

aku seperti BUAH CATUR dalam DUNIA NI???

mengapa sering kali difikiran aku, aku hanyalah berada di dunia permainan yang sukar... sehingga datang kekalahan demi kekalahan.. kalau aku terus dilanda kekalahan, mungkin aku akan mati dan GAME OVER...... MENGAPA...

Ahad, 25 April 2010

maktab TAK DAPAT, maka HANYA SATU PILIHAN DI UITM PERAK

aku kena repeat studio, dan semua subjek.. tu pun klo diorang masih terima aku sebagai pelajar landskap.. sbb aku dah banyak buat salah dengan diorang.. (pensyarah)..... nampaknya, aku harus tebus maruah aku yang dah tercemar... LIFE MUST GOES ON!

Selasa, 20 April 2010

21 APRIL 2010 PEPERIKSAAN UITM PERAK BERMULA...

sudah hampir ke penghujung semester rupanya....
budak2 lain dah habis... terutamana METRIK, ASASI dll.. haha.. hmmm.. tak apa la...
CUMA YANG AKU HARAPKAN.....SEMUA RAKAN2 MAMPU MENEMPUH PEPERIKSAAN...
SEMOGA MEREKA MENDAPAT DEKAN.. =D

ZERO SYSTEM WILL BEGIN MY LIFE NOW....

1011010101010101101010101110110101110000000001010111111111100000000111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111111100000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000

satu permulaan setelah manusia memandang serong atau aku yang rasa begitu....

segalanya sudah hilang bagiku??

sekarang budak department aku kata, aku hanya perjuangkan keamanan, tapi mereka perjuangkan kejayaan mereka sendiri dalam akademik.. mereka kata menimba ilmu itu bagus dan baik untuk Islam.. hmmm... so, mereka nak kata aku ni... KAFIR??????? aku rasa sangat ........ huhuhuhuhuhuhuhu...

Sabtu, 17 April 2010

peranan kita setiap umat MUHAMMAD

Kita sepatutnya sedar bahawa perlunya hidup dalam satu jemaah, kerana jika tinggalkan jemaah, samalah seperti sebuah kisah, di mana seekor kambing biri2, keluar daripada kandang yang penuh dengan kumpulannya. Serigala menunggu peluang yang cerah untuk membaham kambing tersebut. kambing=kita dan serigala=musuh

Oleh itu, kita perlulah saling menegur, supaya mewujudkan satu jemaah yang dihidupkan dengan suasana ukhuwwah yang erat dan dijauhi daripada dosa yang boleh mermurtadkan diri.

Sebagai contoh, muslimin seboleh2nya solat jemaah di mana azan dilaungkan. Hal ini kerana mahu mewujudkan kesatuan dalam satu jemaah, di samping mendapat pahala solat berjemaah, kerana solat sendiri sekadar meyelesaikan rukun, tapi tiada pahala.

Saya menulis ini supaya saya dan kalian semua sedar akan ini. Kita melihat pergaduhan antara jemaah2 Islam di Malaysia dan di setiap negara Islam kerana tiada kesepakatan untuk menjadikan Islam sebagai satu jemaah yang mengikut lunas2 agama. Lebih2 lagi dalam isu politik. Musuh sentiasa mencari peluang, terutamanya dalam POLITIK kerana dari situlah senangnya mereka membuat satu agama boleh berpecah kepada pelbagai jemaah, yang lari daripada objektif hidup sebagai seorang Islam yang bersatu.

Kesimpulannya, sedarlah bahawa setiap umat Muhammad perlu berperanan, lebih2 lagi pemimpin atasan untuk menyatukan umat Islam seperti zaman Rasulullah dan zaman Khulafa ar-Rasyikin serta zaman kegemilangan Islam yang lain.

Ahad, 11 April 2010

BARU AKU SEDAR, aku perlu berkawan sahaja dengan semua orang, tak lebih daripada ITU..




HANYA SETAKAT INI DULU... kerana aku perlu belajar untuk mengejar masa depan yang aku mahu capai... hmmm... aku perlu perbaiki perhubungan aku dengan semua manusia.. terutamanya dengan perempuan.. aku tak boleh salah tanggapan pada mereka, walaupun mereka mahu berkenalan dengan aku, aku tak boleh anggap bahawa mereka nak bersama aku sehingga ke peringkat pasangan.. hmmm.. sememangnya aku perlu perbaiki..

kepada lelaki, aku harap lepas ni aku x nak buat selisih faham dengan mereka, kerana perbuatan tu merenggangkan ukhuwwah antara semua... aku harus sedar awal2 lagi....
tapi, terima kasih juga kepada2 sahabat2 aku yang memberi semangat kepada aku, kerana aku ni sangat lemah dalam hal perhubungan ini... tapi aku akan sentiasa pertingkatkan kualiti aku berhubung dengan orang lain...

MAAFKAN AKU YA!!!

Rabu, 3 Mac 2010

aku bermimpi lagi...

bila aku mimpi, mesti aku mimpi aku bersama isteri dan anak2... aku bukan suka tu tanpa berfikir.. aku cuma mahukan keluarga bahagia.. kerana itu, aku perlu fikir mengenai kerjaya aku..huhu.. kadang kala aku sedih, gembira dan macam2 lagi..

khamis ni aku akan ke port dickson bsama LANDSCAPE DEPARTMENT.. event... kat pantai.. aku harap dapat meluangkan masa aku di pantai dengan perasaan kesepian aku..dah lama tak berbuat begitu.. harap2 senja di sana indah2.. aku rasa seperti mahu menangis akan semua ini..

Jumaat, 26 Februari 2010

maulidurrasul kat uitm..

agak seronok aku tengok tadi.. tapi aku sedih sebab x dapat join..huhu.. tapi selagi semangat untuk berselawat still ada.. =D

Rabu, 24 Februari 2010

MY BELOVED MOTHER - IBU ROBOTKU SAYANG




cerita ni mengisahkan anak-anak yatim piatu akan mendapat ibu robot untuk menjaga anak-anak tersebut. tetapi watak utama tidak mendapat ibu robot seperti budak-budak tersebut kerana ada satu rahsia yang ibu itu tidak mahu memberitahu hal yang sebenar, membuatkan watak utama itu semakin membenci ibu robot yang menjaganya. namun, kesilapannya akan membuatkan dia menyesal setelah dia tahu asal usul ibu robot tersebut setelah ibu robot itu terkorban dalam operasi pelupusan robot beramai-ramai......

ANDA MESTI BACA BUKU INI KERANA UNSUR KEKELUARGAAN MEMBERI KESAN YANG POSITIF TERHADAP KEHIDUPAN KITA.... aku menangis setelah hampir habis helaian buku ni..

seorang yang aku anggap BFF......




dia adalah jihan... anak ustazah hasniah n pak cik wahab....
aku anggap dia BFF sebab dia anggap aku BFF..
haha... tapi aku harap tiada yang menghalang persahabatan aku dengan dia...
dah lama aku bersahabat dengan dia, sejak sekolah rendah lagi.. kenangan yang baik ialah ketika berada di perpustakaan awam. bukan buat kerja sekolah, tapi berbincang mengenai masalah remaja dan penyelesaiannya.. haha.. pelik.. walaubagaimanapun, aku suka sahabat yang begitu.. =D smile always, JIHAN! =)

aku akan ke mana selepas ni......

aku masih bingung.. ada kalanya aku mahu menjadi seorang guru.. tetapi aku sekarang menjalani kehidupan di universiti.. aku masih risau.. adakah aku dapat kecapi impian untuk menjadi guru? aku berharap akan dapat ke maktab.. tapi tu semua ketentuanNYA.. aku harus berdoa supaya aku dapat capai perkara yang aku dapat rasakan mampu menjamin masa depan aku..

aku mahu menjadi guru, ada beberapa sebab. antaranya, aku mahu melihat anak-anak aku membesar dengan penuh kasih sayang yang aku dan isteri aku curahkan nanti.. aku tidak mahu anak-anak aku menjadi anak-anak zaman sekarang yang kebanyakannya tidak mendapat perhatian ibu bapa dan terlalu dimanjakan oleh ibu bapa mereka. jika aku menjadi guru sekolah rendah, secara tidak langsung aku dapat pelajari untuk mendidik anak-anak orang lain dan anak aku sendiri.

aku cuma memikirkan anak-anak kecil yang mahu bersekolah. terutamanya di pedalaman. setelah aku melihat mereka, aku berfikir sejenak mengenai kepentingan akal mereka untuk diasah dengan baik supaya menjadi anak yang baik dan hormat kepada orang tua.


dahulu aku hanya melihat kerjaya guru ini satu kerjaya yang tidak megah, sebab itulah pada mulanya aku tolak ke tepi dan aku mengutamakan kerjaya yang aku tidak pasti keluangan masanya untuk keluarga yang tersayang. tapi malangnya aku dah tersilap........................................................

aku harus memikirkan masa depan anak dan isteri aku yang tercinta supaya mereka akan hidup dengan aku secara teratur dan mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat seperti keluarga aku bersama mak, abang dan kakak sekarang ini.

konklusinya, aku mahu menjadi guru seni, suatu hari nanti.....