Mengenai Saya

Foto saya
L3, ISS
aku bukan ustaz seperti semua orang memberi gelaran itu kepada aku. aku bukan imam dan bukan mufti.. tetapi aku seorang manusia biasa.. bila aku kecil, aku hormat orang tua, banyak sikap positif aku ada, tetapi sekarang, aku perlu perbaiki sikap negatif aku.. LIFE MUST BE HARD BUT BE EASY ON IT..

Rabu, 25 Mei 2011

RESULT EXAM... ALHAMDULILLAH

Akhirnya semester ini masih mengekalkan keputusan yang memuaskan.. namun masih ada harapan untuk menjadi lebih baik lagi... hehe... InsyaAllah,a da rezeki dapat sambung ke ijazah.. =) SEMOGA BERJAYA PADA SEMESTER HADAPAN! ^_^

Isnin, 9 Mei 2011

Hari Ibu, apakah HIKMAH WUJUDNYA SEORANG IBU?

Seperti biasa, Hari Ibu ini jika mengikuti kalendar Masihi, 8 Mei adalah tarikh UMUM bagi seluruh dunia untuk meraikannya. Bagiku itu hanyalah tarikh yang biasa kerana tiada apa peristiwa yang terbaik berlaku pada hari tersebut.

Namun begitu, bagi aku pula, Hari Ibu ini wujud setelah kita mengetahui apa yang ibu telah buat kepada kita SETIAP HARI daripada kita masih kanak-kanak hinggalah kita berada di menara gading. Sudah semestinya kita harus hargainya sebagai sebuah nikmat yang diberikan oleh Allah, seorang insan yang memberi kita sesuatu yang penting untuk keperluan hidup kita akan datang.

Oleh itu, haruslah juga kita mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka meninggalkan dunia ni dalam keadaan islam yang beriman, serta doakanlah mereka agar mudah urusannya di alam kubur.

Selain itu, para lelaki juga haruslah menjadi seorang yang soleh dalam mencari jodoh yang sesuai untuk dijadikan isterinya seorang ibu yang menyalurkan kasih dan sayang serta didikan agama supaya generasi yang baik akan terus terpelihara, tidak lupa juga kepada para wanita, haruslah menjadi seorang yang solehah dalam mencari seorang suami yang mempunyai nilai-nilai murni untuk diasuh anak-anaknya itu supaya menjadi anak yang taat dan berlaku baik kepada orang lain.

JANGAN LUPA ANAK-ANAK MUDA, INGATLAH KEMBALI AKAN PESANAN MEREKA....

Jumaat, 6 Mei 2011

kEKUATAN Bergantung kepada diri sendiri dan persekitaran aku...

Aku tak seharusnya lemah dalam menghadapinya, tapi aku sebaliknya.. aku ingin mengucapkan terima kasih kepada orang terdekat aku a;tas pemberi semangat untuk aku terus hidup...

Khamis, 5 Mei 2011

SUDAH SAMPAI RUMAH....

Apa rasanya sampai di sini... ada gembira, tapi biasa2 je.. mungkin sebab semester depan lagi sibuk dengan kerja... haiyaaaa... apa2 pun GOOD LUCK!

Selasa, 3 Mei 2011

ADAKAH AKU BERKEMAMPUAN? haha.... tapi.....

Biasalah hidup ini, penuh dengan TEMA dan KONSEP dalam meng'CRIT' sesebuah kehidupan.... tapi ada kalanya hidup ini memang kena terima segala perkara yang pahit dan lain-lain... terutamanya bila seseorang itu ditakdirkan untuk menjadi seorang DESIGNER..... Agak hebat la juga punyai kelebihan dalam melukis grafik, melukis gambar 3D, tapi agak malang jugalah sekiranya tumpu pada kelebihan tu saja... Bukan nak kutuk orang lain pun, kaji diri sendiri dulu....

SETELAH SEKIAN LAMA TAK PULANG, KALI NI AKU NAK PULANG KE RUMAH! =)

pagi ni EXHIBITION... esok insyaAllah ada tiket nak balik rumah... dapat jumpa mak aku lagi.. gembiranya rasa... mana taknya, dah berbulan tak jumpa... semoga semuanya baik belaka.. =D

Isnin, 2 Mei 2011

KESEDIHAN, OH KESEDIHAN... DUNIA NI BANYAK KESEDIHAN SEBENARNYA...

Kita ni, mungkin terlupa yang Ilahi nak bagi dugaan dan ujian kat kita sepanjang kita berada di akhir zaman...

BILA BAB KEMATIAN, mesti tak boleh tahan punya, tapi kena ingat, bahawa Tuhan nak tengok macam mana kita tahan dengan ujian itu sebagai orang Islam... ye la, kita sebagai Muslim ni, tau mengucap SYAHADAH je... Saya pun tak terkecuali...

Memang hidup di dunia ni susah, walaubagaimanapun, nak tak nak kita kena la pandai menjaga hati ni supaya kekal dalam keimanan... Akhir zaman sangat bahaya kerana kadang kala kita tak tersedar pun kita menafikan perkara yang Tuhan dah tentukan... SANGAT BAHAYA...

Apa-apa pun, kita manusia harus mengingatkan satu sama lain supaya kita tak terlalu mengikut emosi dalam 'mood' kesedihan supaya kita tak tergerak dalam hati untuk mempersoalkan perkara yang Tuhan tentukan...

ESOK EXHIBITION! KERJA YANG SEMAKIN MENARIK DI STUDIO....

Begitulah, sekejap sahaja dah nak habis sem kali ni... rasa kejap sangat.. harap2 mampu la sampai habiskan DEGREE dengan cemerlang.. HOPE SO, GOD'S WILL... =)

Nak jadi cikgu juga.. tapi mungkin boleh lepas habiskan DEGREE, sebab lagi baik mungkin, ada kelulusan BACHELOR IN LANDSCAPE ARCHITECTURE, cuma mungkin aku perlu lebih bersemangat dan jangan mudah mengalah.. SOAL JODOH MUNGKIN AKU TERPAKSA FIKIR KEMUDIAN walaupun ada orang yang mahu menyalurkan cinta kepada aku, ada yang menanti aku sejak sekian lama, tapi..... MASA DEPAN AKU HARUS AKU FIKIRKAN.... kerana masa depan yang cemerlang barulah boleh hasilkan keluarga yang cemerlang...

OH THE GOD, THANKS TO YOU, THAT YOU STILL PUT ME IN ISLAM, GIVE ME CHANCES TO GET A NEW AND BETTER FUTURE FOR MY LIFE.... =)