Mengenai Saya

Foto saya
L3, ISS
aku bukan ustaz seperti semua orang memberi gelaran itu kepada aku. aku bukan imam dan bukan mufti.. tetapi aku seorang manusia biasa.. bila aku kecil, aku hormat orang tua, banyak sikap positif aku ada, tetapi sekarang, aku perlu perbaiki sikap negatif aku.. LIFE MUST BE HARD BUT BE EASY ON IT..

Khamis, 1 September 2011

Syawal....... Sekali lagi hadir selepas Ramadhan.

1 SYAWAL menandakan berakhirnya sebuah bulan mulia yang dinamakan Ramadhan. Banyak kelemahan kita sebagai insan yang alpa akan suruhan Ilahi, ketika mana kita sibuk dalam menguruskan pekerjaan, adakalanya kita mempunyai masa yang lapang sedikit, semestinya kita boleh mengisi dengan Zikrullah.

Namun begitu, ada di antara kita yang menganggap ibadah di bulan puasa hanyalah menahan lapar dan dahaga, tetapi lupa akan ibadah yang lain, digalakkan juga di dalam Islam untuk melakukannya. Sedih bila memikirkan Ramadhan itu hadir sekejap sahaja, tanpa kita sedari, masih kurangnya amalan yang kita bekalkan untuk Hari Kemudian.

Allah semestinya akan memberi pelbagai ujian ke atas hambaNya, di mana seseorang itu perlu bersabar dalam menghadapi kehidupan yang sementara ini. Ujian itu bukan setakat bahagian yang susah sahaja, tetapi kita perlu peka setibanya ujian kesenangan dan kemewahan kepada kita.

Berkait dengan kesenangan dan kemewahan, kita harus beringat, dalam kita bergembira, jangan lupakan kepada mereka yang tidak bernasib baik, tidak mampu meraikan Aidilfitri dengan muka yang ceria. Ada yang kehilangan ahli keluarga, menjadi mangsa peperangan, kurang mendapat bekalan makanan, tempat tinggal yang serba kekurangan serta masalah-masalah yang dihadapi sehingga menjadikan mereka muram dan sedih.

Semestinya mudah apabila kita memberitahu mereka bahawa itu semua dugaan yang Allah berikan, tetapi apakah kita tidak merenungkan kembali setelah kita berada di tempat mereka, sudah tentu ada yang merungut dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya pada pagi Aidilfitri. Tepuk dada, tanyalah iman betapa lemahnya iman kita apabila dalam situasi sukar tersebut.

Walaupun begitu, usah berputus asa, Allah memberi ujian mengikut kemampuan hambaNya sendiri, berusahalah untuk REDHA, BERDOA DAN TAWAKKAL KEPADA-NYA SUPAYA DIPERMUDAHKAN URUSAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, INSYA-ALLAH.

Pesanan: Bila kira duit raya, fikir orang yang tengah susah nak dapat duit, simpan duit untuk kesenangan kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan