Mengenai Saya

Foto saya
L3, ISS
aku bukan ustaz seperti semua orang memberi gelaran itu kepada aku. aku bukan imam dan bukan mufti.. tetapi aku seorang manusia biasa.. bila aku kecil, aku hormat orang tua, banyak sikap positif aku ada, tetapi sekarang, aku perlu perbaiki sikap negatif aku.. LIFE MUST BE HARD BUT BE EASY ON IT..

Rabu, 24 Februari 2010

aku akan ke mana selepas ni......

aku masih bingung.. ada kalanya aku mahu menjadi seorang guru.. tetapi aku sekarang menjalani kehidupan di universiti.. aku masih risau.. adakah aku dapat kecapi impian untuk menjadi guru? aku berharap akan dapat ke maktab.. tapi tu semua ketentuanNYA.. aku harus berdoa supaya aku dapat capai perkara yang aku dapat rasakan mampu menjamin masa depan aku..

aku mahu menjadi guru, ada beberapa sebab. antaranya, aku mahu melihat anak-anak aku membesar dengan penuh kasih sayang yang aku dan isteri aku curahkan nanti.. aku tidak mahu anak-anak aku menjadi anak-anak zaman sekarang yang kebanyakannya tidak mendapat perhatian ibu bapa dan terlalu dimanjakan oleh ibu bapa mereka. jika aku menjadi guru sekolah rendah, secara tidak langsung aku dapat pelajari untuk mendidik anak-anak orang lain dan anak aku sendiri.

aku cuma memikirkan anak-anak kecil yang mahu bersekolah. terutamanya di pedalaman. setelah aku melihat mereka, aku berfikir sejenak mengenai kepentingan akal mereka untuk diasah dengan baik supaya menjadi anak yang baik dan hormat kepada orang tua.


dahulu aku hanya melihat kerjaya guru ini satu kerjaya yang tidak megah, sebab itulah pada mulanya aku tolak ke tepi dan aku mengutamakan kerjaya yang aku tidak pasti keluangan masanya untuk keluarga yang tersayang. tapi malangnya aku dah tersilap........................................................

aku harus memikirkan masa depan anak dan isteri aku yang tercinta supaya mereka akan hidup dengan aku secara teratur dan mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat seperti keluarga aku bersama mak, abang dan kakak sekarang ini.

konklusinya, aku mahu menjadi guru seni, suatu hari nanti.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan