Mengenai Saya

Foto saya
L3, ISS
aku bukan ustaz seperti semua orang memberi gelaran itu kepada aku. aku bukan imam dan bukan mufti.. tetapi aku seorang manusia biasa.. bila aku kecil, aku hormat orang tua, banyak sikap positif aku ada, tetapi sekarang, aku perlu perbaiki sikap negatif aku.. LIFE MUST BE HARD BUT BE EASY ON IT..

Isnin, 9 Mei 2011

Hari Ibu, apakah HIKMAH WUJUDNYA SEORANG IBU?

Seperti biasa, Hari Ibu ini jika mengikuti kalendar Masihi, 8 Mei adalah tarikh UMUM bagi seluruh dunia untuk meraikannya. Bagiku itu hanyalah tarikh yang biasa kerana tiada apa peristiwa yang terbaik berlaku pada hari tersebut.

Namun begitu, bagi aku pula, Hari Ibu ini wujud setelah kita mengetahui apa yang ibu telah buat kepada kita SETIAP HARI daripada kita masih kanak-kanak hinggalah kita berada di menara gading. Sudah semestinya kita harus hargainya sebagai sebuah nikmat yang diberikan oleh Allah, seorang insan yang memberi kita sesuatu yang penting untuk keperluan hidup kita akan datang.

Oleh itu, haruslah juga kita mendoakan kesejahteraan mereka agar mereka meninggalkan dunia ni dalam keadaan islam yang beriman, serta doakanlah mereka agar mudah urusannya di alam kubur.

Selain itu, para lelaki juga haruslah menjadi seorang yang soleh dalam mencari jodoh yang sesuai untuk dijadikan isterinya seorang ibu yang menyalurkan kasih dan sayang serta didikan agama supaya generasi yang baik akan terus terpelihara, tidak lupa juga kepada para wanita, haruslah menjadi seorang yang solehah dalam mencari seorang suami yang mempunyai nilai-nilai murni untuk diasuh anak-anaknya itu supaya menjadi anak yang taat dan berlaku baik kepada orang lain.

JANGAN LUPA ANAK-ANAK MUDA, INGATLAH KEMBALI AKAN PESANAN MEREKA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan